Google

Kamis, 10 April 2008

Ayat "Seribu Dinnar"

1. Ayat "Seribu Dinnar"Soalan: Boleh tak saya dapatkan ayat "seribu dinnar"?
Nizah, Shah Alam
Jawapan: Ayat seribu dinar dipetik dari ayat 2 (bermula dari Wa man yat ta qillah) dan (hingga) ayat 3 surah Ath Thalaq. Sila rujuk Al Quran, atau Al Quran dan Terjemahannya.

2. Tabiat MenipuSoalan: Assalammualaikum!!!!! Soalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan untuk beliau?
Abdul Halim, KL
Jawapan: Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30) Dalam sebuaha riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.
Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha. 2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya. 3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.

3. Mencuci Telekung Dengan Mesin BasuhSoalan: Apa pendapat tuan tentang mencuci telekung dengan menggunakan mesin basuh? Setengah orang mengatakan tak suci.
Salmah, Segamat
Jawapan: Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakain dan tempat daripada najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah memenuhi syarat tersebut. Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

4. Menyimpan Wang di BankSoalan: Apakah hukumnya jika kita masuk dalam sijil simpanan premium yang dianjurkan oleh sebuah bank tempatan. Adakah ianya sama seperti bertaruh?
Helmi, Sepang
Jawapan: Jika kita menyimpan wang dalam sesebuah institusi kewangan yang memakai unsur riba, maka sudah jelas bahawa riba itu dilarang dan berdosa. Kemudian tentang hasrat menyimpan wang di sebuah institusi kewangan dengan tujuan untuk memperoleh undian dan mendapatkan hadiah maka niat ini adalah salah. Oleh sebab itu ubahlah niat yang salah ini, menabunglah kerana ingin memperbaiki ekonomi keluarga bukan untuk memperoleh undian.

5. Hukum Memperjuangkan Hukum AllahSoalan: Adakah setiap individu itu wajib untuk memperjuangkan hukum-hukum Allah agar ia dilaksanakan di dalam negaranya?
Azhar, Johor Bahru
Jawapan: Setiap individu wajib memperjuangkan dan menegakkan hukum Allah SWT. Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah untuk seluruh alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan segala ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Mengenai proses pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini ada ketentuan yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat Islam menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sebagai masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk melaksanakannya adalah lebih baik berdoa dan menyerahkannya kepada Allah agar hukum Islam dapat diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya.
Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Bagaimana pendapatmu mengenai orang-orang yang mempunyai sangkaan dirinya beriman kepada (wahyu) yang telah diturunkan kepadamu dan (wahyu) yang telah diturunkan kepada Rasul-rasul sebelummu, tetapi ternyata mereka tetap menginginkan mengikut keputusan hukum dari taghut. Padahal mereka diperintahkan untuk mengingkari hukum-hukum taghut tersebut. Akan tetapi syaitan berkeinginan menyesatkan mereka pada kesesatan yang jauh". (An Nisaa' 60) Menjadikan selain hukum-hukum Allah sebagai pegangan hidup bererti memilih taghut sebagai pemimpin, kerana taghut itu bererti sesat, syaitan dan menyembah selain Allah. Berusahalah menuju kepada kebenaran yang telah ditetapkan oleh Allah, agar kehidupan kita memperoleh berkah dan rahmat. Jika negara tidak dapat menegakkan hukum Allah secara seratus peratus, bermulalah dari diri sendiri dan keluarga agar kehidupan kita selamat daripada murka Allah di dunia dan di akhirat nanti. Wallahu A'lam.

6. Solat Jama' Ta'khir di RumahSoalan: Bolehkah saya mengqada'kan sembahyang Zohor ke dalam waktu Asar (Jama' Ta'khir) apabila saya telah samapai ke rumah saya. Saya tidak sempat untuk menjama'nya ketika dalam perjalanan kerana saya menaiki bas. Adakah sah sembahyang saya itu? Jika tidak boleh adakah saya wajib untuk mengqada' sembahyang saya itu kerana kejahilan saya?
Azhar, Johor Bahru
Jawapan: Jila seorang musafir sampai di rumahnya sedangkan ia belum selesai mengerjakan solat jama' Ta'khir, setengah ulama mengatakan dikira solat tunai. Solat itu wajiblah dikerjakan dengan solat sempurna, jika Zuhur, Asar atau Isya empat rakaat tidak lagi boleh diqasarkan. Jika tertinggalnya solat tersebut kerana halangan tertentu seperti sukar menemukan tempat solat kerana naik bas ataupun kapal terbang maka perlulah ia mengqada solat yang tertinggal tersebut. Wallahu A'lam.

7. Bersalaman Bukan MuhrimSoalan: Adakah batal wuduk saya jika saya bersalam dengan kakak ipar saya dan adakah dia bukan muhrim saya. Bagaimana pula kedudukan isteri kepada anak saudara saya? Jazakallah.
Azhar, Johor Bahru
Jawapan: Bersalaman dengan orang yang bukan muhrim hukumnya haram. Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Uqbah bin Amir, ujarnya, Rasulullah SAW sesungguhynya telah bersabda: Jauhlah olehmu sekalian masuk ke tempat wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?. Sabda Rasulullah: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i) Namun untuk mengelakkan salah faham (fitnah) dalam keadaan tertentu, dibolehkan bersalam tetapi beralaskan kain yang tidak lut sinar.

8. Tafsir MimpiSoalan: Seorang kawan saya menceritakan bahawa kekasihnya bermimpi yang beliau telah berjumpa dengan bapa kawan saya. Dalam mimpi itu kekasih kawan saya telah meminta izin dari bapanya untuk keluar bersama kawan saya. Bapa kawan saya telah mengizinkannya. Masalahnya kawan saya mengatakan bahawa mimpi tersebut berlaku disebuah rumah teres sedangkan kawan saya tinggal dirumah flat begitu juga dengan kekasihnya. Apakah maksud mimpi kekasih kawan saya itu?
Intan, PJ
Jawapan: Setiap kita pernah mengalami mimpi, baik mimpi yang menyenangkan mahupun mimpi yang buruk, namun tidak semua dapat ditafsirkan makna yang terkandung dalam mimpi kita itu. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan ada juga mimpi yang kita alami itu akan benar-benar menjadi kenyataan.
Mimpi bagi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah SAW tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Namun bagi insan yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa dan Bismillahirrahmanirrahim ketika ingin tidur kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu sebagai peringatan daripada Allah SWT agar insan yang jauh dairpada kebenaran lebih dekat kepada-Nya.
Jika ingin mengetahui tentang pengertian dan penjelasan tentang mimpi sila rujuk buku "Tafsir Mimpi Menurut Islam" oleh Imam Ibnu Sirin DN 101

9. Puasa Wanita MengandungSoalan: Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat dan di rumah)?
Hadifah, KL
Jawapan: Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.Sila rujuk buku:1. Fardhu Ain Khusus Wanita DN 091

90. Berjimak Sebelum Mandi WajibSoalan: Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?
Rozila, JB
Jawapan: Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; "Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri".
Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A'lam.Sila rujuk buku:1. Fardhu Ain Khusus Wanita DN 091

Tidak ada komentar: