Google

Jumat, 11 April 2008

Pengertian Tarikat

1. Pengertian Tarikat Soalan: Apa itu tarikat? Ada berapa jenis tarikat? Bolehkah kita mengikuti ajaran ini?
Fida, Subang
Jawapan: Tarikat dalam bahasa Arabnya bererti jalan.Dari sudut tasauf tarikat menurut Syeikh Al-Jurjani ialah jalan khas menuju kepada Allah dengan menempuh berbagai rintangan dan melalui peningkatan rohani dalam berbagai maqam. Menurut Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabau, Tarikat ialah jalan yang ditempuhi oleh Nabi SAW, para sahabat, para ulamak fikah dan ulamak tasauf, iaitu mengamalkan hukum yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang merangkumi perkara yang wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.
Ia juga mengandungi cara mengenal keesaan Tuhan dan keagungannya, seterusnya mempelajari ilmu cara-cara mensucikan hati.Dalam kontek tasauf tarikat biasanya lebih tertumpu kepada aliran zikir. Kerana itu timbul istilah tarikat Naqsyabandiyyah, tarikat Qadiriyyah, Ahmadiyyah dan lain-lain. Pengikut tarikat- tarikat ini akan mengamalkan zikir-zikir yang diajarkan kepada mereka oleh guru-guru tarikat mereka secara berjemaah atau berkumpulan. Hukum melibatkan diri dengan tarikat ini bukanlah sesuatu yang wajib malah harus sahaja, kerana tarikat ini hanyalah jalan pentarbiahan diri dan mendekatkannya dengan Allah SWT.
Bagaimanapun hukum mempelajari cara-cara membersihkan hati dari sifat-sifat tercela, seperti ujub, sumah, riyak, nifak dan lain-lain adalah wajib menurut Ibn Taimiyyah kerana hati manusia adalah tempat tilik Allah SWT. Tanpa hati yang bersih tidak ada maknanya hidup manusia. Bagaimanapun ini tidak semestinya boleh dilakukan dengan memasuki tarikat sahaja. Bahkan boleh dilakukan dengan cara menuntut ilmu dari para ulamak, bergaul dengan orang-orang salih, mengamalkan sunnah-sunnah Rasululah SAW, berpuasa, menunaikan fardu haji, berjihad, mentaati kedua ibu bapa, menzirahi kubur dan lain-lain amalan yang disyariatkan oleh Allah SWT.Sila rujuk buku:1. Ilham, Kasyaf & Mimpi DN 195


2. Hukum Mendengar Muzik Soalan: Apa hukum mendengar muzik yang kita tak hiraukan erti liriknya walaupun ada kemungkinan lirik lagu yang didengar menyalahi agama.
Imran, Nashville
Jawapan: Hukum mendengar muzik membawa kepada haram, apalagi alat muzik bertali, adalah haram. Untuk mendapatkan jawapan selanjutnya sila rujuk jawapan yang diberikan untuk soalan-soalan yang berkaitan pada soalan 250 dan 263. Sila rujuk buku:1. Adab Mendengar Irama dan Lagu DN 311


3. Hukum Membesarkan Alat KelaminSoalan: Apakah hukum berusaha membesarkan alat kelamin kita dengan tujuan untuk lebih memuaskan isteri, mungkin melalui urutan tradisional, makan ubatan ataupun dengan cara pembedahan?
BN, USA
Jawapan: Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal persetubuhan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW seseorang suami yang telahpun melepaskan hajatnya dalam persetubuhan dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia merasa puas. Dengan cara ini tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada keretakan rumahtangga dan sebagainya.
Perbuatan membesarkan kemaluan dengan tujuan untuk memberi kepuasan seks kepada isteri ketika melakukan persetubuhan, tidaklah menjadi kesalahan, selagi mana perbuatan itu tidak memudaratkan si suami itu sendiri. Jika perbuatan itu memudaratkan isteri, maka hukumnya adalah haram, kerana Islam melarang seseorang mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Ini tanpa mengambil kira apa jenis alat yang digunakan untuk membesarkan kemaluan itu.
Bagaimanapun ulamak mazhab Syafii menggariskan seorang isteri yang merasa tersiksa bila bersetubuh dengan suaminya kerana alat kelamin suaminya itu terlampau besar dan membuatkan ia menderita, diharuskan menuntut fasakh. Suka dinasihatkan kepuasan rumahtangga bukanlah bergantung kepada kepuasan persetubuhan semata-mata, sebaliknya merangkumi faktor lain seperti saling faham-memahami jiwa pasangan masing-masing, sama-sama menegakkan sunnah Rasulullah SAW dan lain-lain.

4. Homoseks Menurut Kacamata IslamSoalan: Apakah yang dikatakan homeseks dalam Islam dan bagaimanakah yang dikatakan seorang itu telah melakukan homeseks?
Mohd, N Sembilan
Jawapan: Homoseks menurut kacata mata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks, maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan ini suatu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. Sila rujuk soalan 204 bagi keterangan yang selanjutnya. Sila rujuk buku-buku berikut:1. Dosa-Dosa Besar DN 2202. Dosa yang Menutup Pintu Hati DN 009


5. Bercinta Menurut IslamSoalan: Bagaimana remaja hendak bercinta mengikut cara islam?
Faizal, Gemencheh
Jawapan: Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.
Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.
Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara. Sila rujuk buku-buku berikut:1. Permata Idaman Mutiara Syurga 'Lelaki Soleh' DN 1052. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148


6. Hukum Menonton Filem SeksSoalan: Apakah hukum jika seseorang itu melihat wayang atau pergi ke panggung wayang? Apakah hukum melihat gambar seks atau filem seks?
Mohd, N Sembilan
Jawapan: Seorang mukmin yang benar-benar bertakwa dikehendaki menjaga kakinya dari menuju ke tempat-tempat maksiat dan lain-lain yang tidak diredai oleh Allah. Adalah haram baginya menggunakan kakinya untuk menuju ke tempat maksiat seperti panggung wayang dan lain-lain. Kaki ini pasti disoal oleh Allah SWT pada hari Kiamat kelak. Begitu juga hukumnya menonton gambar atau filem seks juga haram dan berdosa.


297. Isteri Menghisap Kemaluan SuamiSoalan: Apa hukumnya kita mengarahkan isteri menghisap kemaluan kita ataupun kita sendiri me..... kemaluan isteri kita dan apakah pula hukum kita melihat kemaluan pasangan masing-masing?
AS, Selangor
Jawapan: Hukum suami menghisap kemaluan isteri dan isteri menghisap kemaluan suami telahpun dijelaskan sebelum ini ketika menjawab soalan yang diajukan pada soalan 275.


8. Tips Menyintai AllahSoalan: Sebenarnya dalam hidup saya, saya rasa kosong saya ingin mencari satu kepastian.... Soalan saya bagaimanakah kita nak bercinta dengan Allah, iaitu cinta yang betul -betul kepadanya, sebab saya lihat kalau bercinta dengan makhluk sesama makhluk lama kelamaan kita akan alpa. Jadi, saya ingin tahu apakah tips untuk kita bercinta dengan Yang Maha Kuasa?
Syah, K Terengganu
Jawapan: Bercinta dengan Allah bukanlah sepayah bercinta dengan makhluk. Malah Allah SWT memerintahkan semua makhluk manusia mencintaiNya dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Orang yang tidak berbuat demikian dikira tidak beriman. Al-Quran dengan jelas menerangkan sesiapa yang cintakan Allah hendaklah mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAWT.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidhi menjelaskan apabila Allah SWt itu cinta kepada hamba-hambanya, Ia akan menguji hamba-hambaNya itu. Ini bermakna seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang diturunkan kepada rasulNya. Ia juga harus tabah menghadapi ujian Allah samada berbentuk ujian nikmat mahupun ujian berbentuk kesusahan dan pemderitaan.
Ia juga mesti tidak takut kepada seseorang dalam memperkatakan kebenaran kecuali kepada Allah semata-mata. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah. Ia akan semakin hampir dan dekat dengan Allah apabila ia melaksanakan segala ibadat sunat.
Di kala itu Allah SWT akan mengawasi pendengarannya dari mendengar sesuatu yang haram, memelihara penglihatannya dari melihat sesuatu yang haram dan tangannya dari memegang sesuatu yang bukan miliknya dan haram pula. Allah SWT akan memperkenankan segala permintaannya dan akan memberi pertolongan kepadanya.
Kesimpulannya bercinta dengan Allah ialah kewajipan semua makhluk dan ia dilakukan dengan cara melakukan segala perkara yang diredai oleh Allah baik yang fardu mahupun yang sunat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW di samping meredai qadak dan qadarNya. Sila rujuk buku-buku berikut:1. Insan Di Bawah Cahaya Ilahi DN 0742. Tasauf Moden DN 1043. Penawar Jiwa DN 049

9. Meninggalkan Tasyahhud Awal dan Doa QunutSoalan: Apakah hukum sembahyang seseorang itu sekiranya seseorang itu dengan sengaja meninggalkan duduk tahiyat awal dan bacaannya. Kemudian sebelum salam pertama, beliau dengan sengaja tidak sujud syahwi walaupun beliau ingat.
Adakah duduk tahyat awal dan bacannya termasuk dalam rukun atau hanya sunat ab'ad (sunat yang di tuntut sahaja).
Berhubung dengan soalan di atas, bagi sembahyang subuh, apakah hukum sembahyang seseorang itu sekiranya ia dengan sengaja tidak membaca doa qunut dan sengaja tidak membuat syahwi walaupun dia tidak terlupa?
Ramli, KL
Jawapan: Meninggalkan tasyahhud awwal dengan sengaja dan meninggalkan pula sujud sahwi dengan sengaja walaupun ingat tidaklah membatalkan solat seseorang itu menurut jumhur ulamak. Walau bagaimanapun perbuatan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW dalam menunaikan solat yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih; "Baginda bersabda:Solatlah anda sebagaimana anda melihat saya bersolat".
Dalam sebuah hadis sahih yang lain yang dinukilkn oleh imam An-Nawawi dalam syarah Mudahdhabnya menjelaskan nabi pernah suatu ketika menunaikan solat Zohor tetapi terlupa untuk tasyahhud awwal, kemudian baginda menggantikannya dengan dua kali sujud sahwi di akhir solatnya sebelum salam. Apa yang jelas kepada kita tidak terdapat riwayat yang mengatakan nabi SAW sengaja berbuat demikian.
Kerana itu orang yang sengaja meninggalkan tasyahhud awwal bererti ia telah mencanggahi sunnah Rasulullah SAW. Tambahan pula solat bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan. Solat ini telah ditunaikan oleh para sahabat dan generasi umat Islam sesudahnya. Namun tidak ada pula dinakalkan ada di antara mereka sengaja meninggalkannya, kecuali kerana terlupa. Itu sahaja.
Tasyahhud Awwal termasuk ke dalam sunat Ab'ad menurut jumhur ulamak termasuklah Imam Syafi'i, Malik, Thauri, Awza'i, dan Abu Hanifah. Sunat Abd'ad bermaksud sunat yang hampir-hampir mencecah hukum wajib. Kerana itu ia tidak boleh sengaja diitinggalkan begitu sahaja. Menurut Imam Imad, Al-Laithi, Ishak dan Dawud Tasyahhud awwal hukumnya wajib. Ini bermakna orang yang sengaja meninggalkannya solatnya jelas batal. Golongan ini berhujjah hadis yang menjelaskan nabi SAW menyuruh para sahabatnya menunaikan solat sebagaimana mereka melihat baginda menunaikannya. tanpa sebarang pengecualian satu rukun pun kerana itu hukum tasyahud awwal adalah wajib.Jumhur ulamak pula berhujjahkan hadis yang disebutkan di atas sebelumnya.
Qunut juga termasuk ke dalam sunat Ab'ad. Ini bererti orang yang tertinggal melakukannya hendaklah sujud sahwi di akhir solatnya. Jika ia sengaja tidak membaca qunut dan sengaja pula tidak sujud sahwi di akhir solatnya, hukum solatnya tidaklah terbatal. Dalam madhhab Syafii qunut yang merupakan sunat mempunyai dalil yang kuat seperti mana yang dijelaskan oleh An-Nawawi di dalam syarah muhadhdhabnya.
Kerana itu ia tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana solat merupakan perkara yang berat dan merupakan tiang agama, sewajarnyalah kita meunaikannya dengan sempurna baik dari segi wajibnya mahupun dari segi sunatnya. Janganlah hendaknya kerana ada di antara perkara sunat di dalamnya kita dengan sewenang-wenangnya sahaja meninggalkan perkara sunat itu. Kenapa dalam soal ibadat kita begitu mengambil mudah tetapi dalam soal pengurusan duniawi kita begitu mengambil berat.?Sila rujuk buku-buku berikut:1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 2002. Panduan Lengkap Ibadah Solat DN 114

10. Keluar Air Mani Setelah Mimpi BersetubuhSoalan: Saya bermimpi bersetubuh dengan seorang perempuan tetapi hampir mengeluar air mani. Kemudian saya terjaga dan saya tersentuh alat kelamin dan terus mengeluarkan air mani. Apakah hukumnya?
Raslan, KL
Jawapan: Seseorang yang bermimpi bersetubuh dengan seseorang perempuan kemudian keluar mani, wajib ke atasnya mandi wajib. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: "Sesungguhnya air itu dengan air".
Dalam hadis yang lain, "Ummul Sulaim satu ketika pernah bertanya Rasulullah SAW: Adakah wajib ke atas seorang wanita mandi wajib jika ia bermimpi bersetubuh? Jawab Nabi SAW: Ya, jika ia melihat kesan air mani pada pakaiannya". Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Berhubung dengan kes anda, jika anda tersentuh hukumnya tidak berdosa namun anda hendaklah mandi wajib.

Tidak ada komentar: